Aliran tunai ( Cash Flow ) – Ini Konsep Mudah Pengurusan Kewangan Individu

Pengurusan kewangan adalah sangat penting, lagi-lagi saat kita di landa pandemik COVID 19. Dengan memahami konsep aliran tunai ( Cash Flow) ia pastinya memudahkan hal pengurusan wang anda! Pengurusan Aliran Tunai CashFlow merupakan satu konsep pengurusan kewangan yang kita harus cakna demi hidup lebih terjamin dan bebas kerisauan tentang duit. 

Pengurusan Aliran Tunai CashFlow
 

Aliran tunai ( Cash Flow ) – Ini Konsep Mudah Pengurusan Kewangan Individu

Konsep pengurusan kewangan


Pengurusan kewangan adalah antara kemahiran penting yang seseorang patut kuasai.
Anda mungkin pelajar terbaik subjek Matematik hatta seorang profesor Matematik di
sebuah universiti terkemuka, namun mungkin sahaja kecundang atau jatuh bankrap jika
tanpa kemahiran pengurusan kewangan.


Konsep pengurusan kewangan lazimnya akan menyentuh secara langsung soal aliran
tunai atau cash flow dalam kehidupan kewangan individu atau organisasi.


Pada kali ini, kita akan memperincikan pengurusan kewangan dan aliran tunai di
peringkat individu. Teruskan pembacaan untuk lebih tahu dan faham.
Konsep aliran tunai peringkat individu lazimnya akan membabitkan beberapa elemen
penting. Ia termasuklah aspek pendapatan (income), simpanan (saving), perbelanjaan
(expense), perlindungan (protection), pelaburan (investment), penyucian (purification)
dan pewarisan (distribution).
Setiap satu saling berkaitan. Dan, ia memerlukan kebijaksanaan berlandaskan ilmu
serta maklumat yang tepat dalam membuat keputusan pengurusan kewangan.


Aliran tunai: Apa tu?


Aliran tunai. Mungkin kita biasa dengar, tetapi tidak berapa pasti apakah yang
dimaksudkan dengan aliran tunai atau cash flow.
Mari kita ketahui dan fahami topik ini.
Secara mudah faham, aliran tunai atau cash flow ialah pertambahan atau pengurangan
dalam kuantiti wang yang dimiliki individu atau organisasi pada satu-satu masa.
Ini berkait dengan sebanyak mana yang masuk (perolehan kewangan) dan wang keluar
(perbelanjaan kewangan) pada masa tertentu.
Ya, di peringkat individu, ini mungkin tidak terlalu kompleks sifatnya untuk difahami
berbanding aliran tunai organisasi.


Bagaimana mengendalikan aliran tunai atau cash flow?

Sebenarnya, jika peringkat individu, ada sistem kira-kira yang mudah untuk melihat
aliran tunai pada satu-satu masa.
Asas pengiraan hanyalah matematik biasa tolak-campur mudah yang mungkin anda
dapat catatkan di atas satu kertas biasa sahaja.
Apa yang perlu anda lakukan untuk melihat aliran tunai pada satu-satu masa ialah
dengan mencatat setiap aliran masuk dan keluar wang pada masa berkenaan dalam
bentuk perincian item, bukan secara umum.
Ia mesti terperinci dan jelas serta spesifik dengan amaun yang juga tepat.
Di hujung semua catatan itu , anda sepatutnya mempunyai total bagi setiap wang
masuk dan wang keluar berkenaan serta baki, jika ada.
Ini adalah satu catatan perakaunan mudah bagi aliran tunai individu. Dan, menariknya
ialah kini anda boleh memanfaatkan banyak aplikasi Android atau iOS untuk mencatat
dan menjumlahkan secara pantas semua aliran tunai atau cash flow anda pada satu-
satu masa.

 

Aiziera Sukman
Aiziera Sukman
Articles: 13

Leave a Reply