Apa itu Moratorium?

Apa itu Moratorium?

Perkataan yang mula popular dan kedengaran sana sini selepas pandemik mula melanda negara Malaysia sejak awal tahun ini. Moratorium bermaksud penangguhan rasmi bayaran terhadap pinjaman. Contoh pinjaman seperti kereta, rumah, peribadi dan perniagaan.

Ekonomi seluruh lumpuh akibat wabak pendemik Covid-19 yang memaksa bank-bank memberikan “cuti” kepada pelanggan untuk tidak membayar pinjaman.

Bilakah Moratorium Berkuatkuasa?

Di Malaysia, bermula 1 April hingga 30 September mereka yang berhutang dengan bank tidak perlu membayar pinjaman tetapi jangan salah faham pulak ye. Hanya tangguh bayaran. Selepas moratorium tamat pelanggan harus membayar semula pinjaman.

Namun terdapat kekeliruan apabila Bank Negara umumkan, utk loan kereta (Hire-Purchase Loan) faedah akan dikenakan jika ambil moratorium dan  tidak lagi otomatik. Maksudnya jika ingin teruskan penangguhan perlu notis pihak bank masing-masing.

Mujur pergi cek website CIMB dan Maybank kata tak perlu apply moratorium. Fuh lega.

Untuk rekod pada 24 Mac 2020, BNM umumkan penangguhan pembayaran tidak akan dikenakan faedah.

Persoalannya sekarang bagaimana untuk mengira faedah terbaru ni?

Saya bagi contoh di bawah untuk ilustrasi je. Untuk maklumat lanjut sila hubungi banker anda.

Instalment sebelum moratarium: RM898

RM898 X 6 bulan moratarium = RM5388

Kadar faedah setahun; 4%

4%/12bulan X RM5388 = RM18.23

Instalment selepas moratarium : RM916.23

Jumlah faedah yang terkumpul (baki loan 7 tahun),

RM18.23 X 84 bulan = RM1531.32

Persediaan Sebelum Moratorium Berakhir 

berikut adalah panduan untuk anda yang mendapatkan moratorium, pastikan anda rancang kewangan sebaaiknya untuk pembayaran semula seperti yang di sarankan oleh AKPK.

Pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Anda

Bank-bank komited untuk menjadikan proses Bantuan Bayaran Balik Pinjaman MUDAH dan EFISIEN.

Untuk mendapatkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman ini, peminjam boleh menghubungi bank masing-masing dan membuat pilihan yang dikehendaki.

Selepas membuat pilihan pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman, bank akan memproses pilihan anda dalam tempoh 5 hari kalendar untuk peminjam individu, dan 14 hari kalendar bagi peminjam PKS.

Peminjam yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka boleh menghubungi BNM TELELINK atau isikan borang ini untuk membuat aduan: bnm.my/RAsurvey

Peminjam yang mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman mereka seharusnya berbuat demikian. Tindakan ini adalah lebih baik kerana kos peminjaman keseluruhan dapat dikurangkan.

Anda boleh menghubungi AKPK melaluihttps://services.akpk.org.myjika memerlukan panduan untuk memilih bantuan bayaran balik pinjaman, atau ingin mendapatkan pilihan alternatif bagi keadaan kewangan anda.

Aiziera Sukman
Aiziera Sukman
Articles: 13

Leave a Reply