Berkongsi Kepakaran Kewangan

Betul ke dividen ASB boleh dapat 12%?
Amanah Saham Bumiputera (ASB) dilancarkan pada 2 Januari 1990. Ia merupakan skim amanah kedua dilancarkan selepas Amanah Saham Nasional (ASN) yang wujud sejak tahun 1981. ASB ditubuhkan khas untuk kaum bumiputera dan mempunyai had input modal sebanyak RM200,000 sahaja. Namun tiada had bagi keuntungan. Dan dividen ASB tidak tertakluk kepada cukai. Jadual di bawah menunjukkan kadar peratusan dividen ASB sejak 1990.
Sepanjang ASB dilancarkan dividen dicatatkan antara 5.5% hingga 14%. Walaupun dividen pada 2019 antara yang terendah pernah direkodkan ASB, namun masih memberikan pulangan yang tinggi berbanding kadar FD.
setiap pelaburan ada naik dan turun. Mungkin tahun ini turun, tetapi tahun depan melonjak semula.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata, prestasi ASB kekal kompetitif ketika berbanding instrumen pelaburan berisiko rendah yang lain ketika hampir semua negara mencatat penguncupan ekonomi dan ekuiti global jatuh 25 peratus awal tahun ini. ASB juga adalah satu tempat pelaburan yang selamat. Wang yang pelabur dalam ASB tidak akan hilang. Itu memang sudah dijamin. Setiap RM1 yang kita laburkan, tetap kekal RM1. Yang berubah-ubah dan boleh turun dan naik ialah agihan pendapatan. Kalau tidak tambah pelaburan sekalipun, pelabur akan tetap dapat dividen.
ASB Loan Islamic ( ASB Financing )
ASB Loan ada dua jenis iaitu conventional dan juga Islamik. Jadi sebelum membuat ASB Loan pastikan anda semak terlebih dahulu. Berikut adalah senarai bank dan institusi yang di lantik menjadi ejen
Bank – Maybank & Maybank Islamic ; CIMB Bank, RHB, BSN , Affin Bank, Alliance Bank, AmBank &AmBank Islamic
Institusi – Pos Malaysia
Bagi mereka yang mengambil loan ASB Islamik, ianya tiada kontrak dan boleh dihentikan pada bila-bila masa. Pelabur masih boleh mendapatkan dividen sehingga 12% bagi tahun 2019. Kontrak hanya 12 bulan.Walau bagaimanapun tentulah anda terikat dengan bank, ada komitmen bulanan yang perlu dibayar. Dan juga ada interest bank yang perlu dibayar.
Betul ke dividen ASB boleh dapat 12%?
Contoh pengiraan;
Pinjaman ASB : RM200,000
Kadar faedah bank : 4.8%
Tempoh pinjam : 35 tahun
Bayaran bulanan : RM984.01
RM1049.33 X 12 bulan = RM11,808.12
Baki pinjaman pada bulan ke-12 : RM197,742.65
Surrender value: RM2257.35
Dividen 2019 : 5.5%
Amaun dividen : RM11,000
Net profit :RM1449.23
% Profit : 12.27%
Cara ASB Loan Islamic atau ASB Financing adalah pilihan tepat untuk anda gandakan wang dengan ASB dengan pembayaran bulanan yang tidak membebankan.