Berkongsi Kepakaran Kewangan

Cara Agen Insurans Elak Dibenci Rakan-Rakan
Sejarah penubuhan syarikat insurans di Malaysia bermula sekitar tahun 1960an selepas mengalami penutupan akibat kelemahan dalam sistem pengurusan dan ketidakcekapan latar belakang teknikal. Sejurus itu, Akta Insurans 1963 diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengawasi dan menyelia industri insurans domestik. Kemudian akta ini diganti dengan Akta Insurans 1996 yang menjadi asas kepada pengawalan perniagaan insurans di Malaysia.
Dengan tertubuhnya banyak syarikat insurans di negara ejen insurans yang wujud. Namun, kehadiran mereka yang ramai kadang-kadang tidak disukai orang ramai kerana approach yang terlalu try hard. Di sini kami kongsikan tips dan cara agen insurans elak dibenci rakan-rakan dan tidak disukai orang ramai.
Cara Agen Insurans Elak Dibenci Rakan-Rakan
1. Jangan “pushy”
Elak dari menjadi terlampau pushy dengan prospek. Ini akan menyebabkan mereka terus hilang mood untuk membeli walau kadangkala mereka ingin membeli insurans.
Contoh tunjuk kereta sport dan kereta import
2. Jangan tunjuk kekayaan
Isu ini subjektif kerana ada dari kalangan rakan-rakan yang suka melihat ejen insurans berkongsi kejayaan dengan membeli rumah atau kereta mewah di media sosial. Namun harus diingatkan tidak semua yang gemar. Lebih elok jika tidak tunjukkan terus kerana boleh mengundang “Lembaga” dalam hidup ejen itu!
Pendekatan untuk menambah kerisauan tentang kematian akan membuat prospek rasa tidak selesa
3. Kurangkan bercerita tentang kematian
Umum tahu bahawa kematian, penyakit dan kecacatan berkait rapat dengan insurans. Mungkin niat baik ejen untuk memberi kesedaran telah disalah ertikan. Justeru lebih baik ejen menceritakan tentang kelebihan jika memiliki insurans nyawa atau medical card.
Sebaliknya berkongsi kebaikan dan manfaat insuran dengan cara lebih berhikmah dan yang penting ikhlaskan hati ingin membantu orang lain untuk mendapatkan ketenangan dengan perlindungan dari insurans.
Apabila prospek sendiri sedar tentang betapa pentingnya insurans untuk diri mereka dan juga keluarga lebih mudah untuk close deal tanpa perlu agen hardsell.