Cara Pengeluaran i-Lestari Kini Lebih Mudah

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan Covid-19 Relief  kepada para ahli  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
( KWSP)  yang terkesan dengan pandemik ini. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020 dan pembayaran pertama akan dilakukan pada 1 Mei 2020 dari akaun 2 KWSP. Bayaran dibuat apabila permohonan diterima KWSP sehingga 31 Mac 2021. Pengeluaran minimum RM50 dan terhad hingga RM500 sehingga 12 bulan sahaja. Dengan cara pengeluaran i-Lestari kini lebih mudah pastinya ramai pencarum KWSP tidak melepaskan peluang ini.

 

Cara Pengeluaran i-Lestari Kini Lebih Mudah

Cara Pengeluaran i-Lestari Kini Lebih Mudah

Kini anda boleh mendaftar terus di laman i-lestari untuk pengeluaran.

Boleh rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut tentang syarat dan langkah-langkah memohon i-Lestari.

Namun CEO KWSP, Tunku Alizakri Alias mengingatkan ahli untuk berfikir secara mendalam tentang keperluan mengeluarkan duit persaraan dari akaun 2 ini kerana beliau mahu ahli mempunyai kewangan yang utuh pada masa hadapan.

Selepas tamat tempoh PKP, Alizakri meggesa para ahli untuk membuat temujanji dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan yang akan membantu mengkaji dan merangka semula rancangan persaraan mereka.

Contoh Pengiraan Wang Persaraan yang ” HILANG”

Untuk pengetahuan pembaca di sini kami kongsikan pengiraan wang persaraan yang “hilang” jika anda membuat pengeluaran sebanyak RM500.

Pengeluaran sebanyak RM500 boleh menyebabkan anda “hilang” wang persaraan sebanyak RM27,432 jika anda mempunyai baki 25 tahun lagi untuk bersara.

​Nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Tentang i-Lestari 

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang- barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga selain sebahagiannya mungkin digunakan untuk membayar bil,

“Insya-ALLAH, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga,”

Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang komprehensif dari kerajaan ini pastinya sangat memberi manfaat kepada mereka yang sangat memerlukan.

Semoga wang yang berjaya di keluarkan dapat di belanjakan dengan bijaksana.

Aiziera Sukman
Aiziera Sukman
Articles: 13

Leave a Reply