Berkongsi Kepakaran Kewangan

Financial advisor tu ejen insurans ke?
Alkisah tentang persoalan ‘ Financial Advisor tu Ejen Insurans ke?
Semalam ada kawan datang ofis aku tanya,
“Iera, ape banyak sangat quotation insurans sampai 2-3 atas meja kau ni?”.
Aku balas, “owh ini untuk client aku semua ni”.
“Mak aih banyaknya. Macamana ko boleh ada banyak quotation ni? Minta dari ejen company lain ke?
“Eh mana ada”, balasku.
“Aku sekarang licenced financial advisor so aku boleh jual banyak produk dari pelbagai company. Tak kisah la insurans ke takaful atau pelaburan“, sambungku.
“Oooo macamtu”, kawanku balas panjang.
” Financial Advisers will play an important role in providing holistic financial advisory services to the consumers, ranging from insurance protection, savings for education, retirement planning and investments for the future.”
Bagi yang tidak tahu, Financial Advisor (FA) bertindak mewakili pelanggan bukan syarikat. Mereka (FA) mendapatkan pensijilan melalui program CFP, IFP, RFP dan lain-lain. Namun mereka belum lagi bergelar FA selagi belum mendapatkan lesen dari Bank Negara atau Security Commision.
Walaupun di Malaysia bilangan FA hanya kurang dari 1000 namun negara akan bergerak ke arah financial advisory seperti di negara-negara maju lain.
Jika di USA, orang ramai yang ingin membeli insurans perlu melalui FA dahulu untuk mendapatkan recommendation.
Financial Advisor bermula dari Ejen Insurans.
Ejen insurans/takaful/wasiat/hibah/unit trust harus bersedia dengan ilmu dan pensijilan. Bukan sahaja untuk diri sendiri namun juga untuk memberi added-value kepada orang ramai kerana landskap industri akan berubah ke arah financial advisory.