Berkongsi Kepakaran Kewangan
Kami
Aiziera Sukman
Certified Financial Planner

Aiziera memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Peningkatan Kualiti & Produktiviti dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007.
Sebelum itu, beliau ialah Penganalisis Perniagaan dengan Sime Darby Berhad dan Malaysia Airlines Berhad.
Pada 2012, Aiziera meninggalkan tangga korporat untuk menjadi Perunding Unit Amanah dan Takaful. Beliau telah memperolehi banyak anugerah dan terpilih menyertai trip syarikat ke pelbagai destinasi setiap tahun.
Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam perkhidmatan kewangan yang menjadi minatnya sejak bertahun lalu hingga sekarang telah membolehkannya mahir dalam memahami keperluan perancangan kewangan serta membangunkan pelan perancangan khusus untuk disesuaikan dengan keperluan pelanggan perseorangan dan korporat.
Pada 2019, Aiziera memperolehi sijil profesional dalam Perancang Kewangan Bertauliah (Certified Financial Planner) dari Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM).
Muhammad Zaki
Business Consultant

Muhammad Zaki juga bekerja sebagai perunding kewangan di salah sebuah syarikat unit amanah terbesar di Malaysia sebelum memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi syarikat.
Kini beliau merupakan Chief Operation Officer di pandaibajet.com. Kepakaran beliau adalah membantu pelanggan dalam business matchmaking.
Sebelum ini beliau mempunyai perniagaan dalam bidang Food & Beverage dan mempunyai empat cawangan restoran di sekitar Lembah Klang.
Jika terdapat waktu lapang, beliau gemar berbasikal dan menaiki motosikal berkuasa tinggi.