Misi PandaiBajet.com

Misi kami adalah berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan kewangan harian, bulanan dan tahunan anda. Bukan saja perancangan jangka masa panjang tetapi juga jangka masa pendek.

Sebagai contoh jika anda target hendak pergi bercuti ke luar negara setiap tahun, maka sudah tentu anda kena plan baik-baik duit agar dana pencen anda tidak terabai atau dana pendidikan anak-anak tidak cukup kemudian hari.​

Kami cuba untuk memberikan idea dan kaedah menguruskan bajet yang paling minimum dalam kehidupan harian sesuai dengan situasi dan ekonomi semasa.

Tips yang kami kongsikan adalah santai dan praktikal untuk digunapakai.  ​