Berkongsi Kepakaran Kewangan
Modul 101: Perancangan Kewangan
Modul 101 pandaibajet fokus kepada aspek pengurusan kewangan untuk diri sendiri. Sebenarnya bukanlah susah sangat untuk menguruskan duit belanja harian atau bulanan mahupun tahunan kita jika kita faham beberapa “rules” urus duit ni.
Rules of thumb ialah 30:30:30. Pecahan ini tak semestinya rigid. Ada saja mereka yang apply ratio 30:30:40. Jadi bergantung kepada diri masing-masing.
So how does this 30:30:30 works? Setiap ratio pecahan ini terbahagi kepada simpan, perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh ubah.
Sebagai contoh, jika gaji anda ialah RM9000, anda WAJIB menyimpan RM3000 dahulu apabila mendapat gaji. RM3000 yang kedua digunakan untuk membayar perbelanjaan tetap seperti loan rumah, loan kereta, PTPTN, personal loan dan lain-lain. Dan RM3000 yang terakhir digunakan untuk membayar perbelanjaan yang boleh kita adjust bergantung kepada situasi semasa seperti belanja dapur, minyak petrol, tol, entertainment (tengok wayang, makan luar), dan sebagainya.
Kalau boleh dan seeloknya catat setiap perbelanjaan, duit keluar dan masuk atau taip di dalam excel. Kongsi bersama pasangan agar anda alert. Pecahan untuk savings boleh lagi dipecahkan untuk emergency fund. Jika tiba-tiba tayar pecah maka kita ada duit lebihan untuk membaiki tayar.
Lagi satu aspek yang perlu diingatkan ialah cukai. Anda perlu allocate kan duit untuk membayar cukai bagi yang tidak membuat Penolakan PCB. Dan yang paling penting jangan lupa sedekah dan zakat. Kerana apabila kita mengeluarkan zakat ia akan menyucikan harta selain merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim.