Berkongsi Kepakaran Kewangan

Pelaburan Matawang Kripto Menerusi Aplikasi Luno
Matawang Kripto (Cryptocurrency) ialah satu bentuk wang digital yang wujud hanya di alam internet. Perbezaan dengan wang digital yang anda gunakan setiap hari (kad dan pindahan matawang negara atas talian/online) ialah matawang jenis ini tidak dikeluarkan oleh bank atau kerajaan. Antara cara pelaburan Matawang Kripto adalah melalui aplikasi Luno. Aplikasi Luno ini anda boleh muat turun di Google Play Store atau Apple Apps Store.
Kelebihan Pelaburan Matawang Kripto Menerusi Aplikasi Luno
Teruskan pembacaan kerana anda akan dihidangkan dengan fakta yang bukan sahaja menarik, malah mungkin mengubah kehidupan kewangan anda ke arah lebih baik pada masa depan.
Apa yang istimewa sangat mengenai aplikasi Luno ini?
Aplikasi Luno ialah yang pertama seumpamanya mendapat kelulusan penuh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk beroperasi sebagai platform pertukaran matawang kripto pertama di negara ini.
Ia diiktiraf sepenuhnya sebagai Pengendali Pasaran Yang Diiktiraf (RMO) secara sah untuk perdagangan Tukaran Aset Digital (DAX).
Menerusi aplikasi Luno, pengguna Malaysia mendapat akses untuk melakukan tukaran dan dagangan aset matawang ringgit kepada matawang digital, iaitu Bitcoin atau Ethereum.
Apakah Pelaburan Matawang Kripto?
Bagi mereka yang belum biasa dengan istilah matawang kripto, matawang ini ialah sejenis aset digital yang direka untuk berfungsi sebagai medium pertukaran dan transaksi.
Matawang kripto ini mula mendapat perhatian sejak kali pertama diperkenalkan pada 2009 menerusi matawang kripto pertama dikenali sebagai Bitcoin.
Selepss Bitcoin diwujudkan, muncul pula beberapa matawang kripto lain.
Info Asas Wajib tahu mengenai Pelaburan Matawang Kripto
Transaksi pertukaran matawang kripto berkait rapat dengan undang-undang. Ia berbeza bagi setiap negara di dunia.Disebabkan masih baru, sesetengah negara membenarkan penggunaan dan perdagangan matawang kripto, manakala negara lain masih mengharamkan atau menyekatnya.
Apa yang ditawarkan oleh Aplikasi Luno?
Kita kembali kepada aplikasi Luno secara khusus. Apa yang ditawarkan oleh aplikasi ini?Terasnya ialah aplikasi ini menawarkan perkhidmatan pertukaran dan dompet digital bagi pelaburan kripto.Ia berfungsi sebagai satu platform sah yang diiktiraf kerajaan untuk orang ramai membeli dan menjual matawang kripto.Aplikasi ini memadankan pembeli dan penjual. Dua pihak ini dipertemukan di dalam satu aplikasi yang sah – aplikasi Luno. Menerusinya, pelabur dapat mendeposit dan mengeluarkan mata wang tempatan.
Kenapa perlu pilih Aplikasi Luno Untuk Pelaburan Matawang Kripto?
- Luno dipercayai di lebih 40 negara dengan saiz keahlian dompet digitalnya kini lebih tiga juta pelanggan.
- Fakta menariknya ialah aplikasi ini dikendalikan sepasukan 300 pakar dalam bidang berkaitan, termasuklah mereka yang beroperasi di Kuala Lumpur dan hab serantau Singapura serta Cape Town, Afrika Selatan.
- Fakta bahawa ia diiktiraf SC sudah memadai untuk menyakinkan orang ramai bahawa aplikasi ini boleh dipercayai dan diyakini untuk urusan transaksi dan pelaburan matawang kripto.
- Kemampuan aplikasi ini memenuhi semua aspek kawal selia yang ditetapkan SC membolehkan Luno diyakini mampu berfungsi secara selamat dalam urusan membeli, menjual dan menyimpan matawang kripto.
Cara Pelaburan Matawang Kripto Menerusi Aplikasi Luno Serendah RM 3 !
Satu lagi fakta menarik ialah anda dapat membuat pelaburan serendah RM3 sebagai permulaan.
Mulakan dengan beberapa langkah mudah, iaitu awali dengan :
- mendaftar di aplikasi Luno,
- sahkan identiti,
- masukkan wang ke dalam dompet Luno dan mulalah beli matawang kripto.Semudah meratah ayam panggang!
Untuk bermula, anda boleh muat turun aplikasi Luno di Google Play Store atau Apple App Store sekarang.
Atau nak lebih mudah klik je link di bawah. Selamat berLUNO!
https://www.luno.com/invite/XWKA3