Berkongsi Kepakaran Kewangan
Pelaburan Menerusi Private Mandate
Trend terkini hampir semua orang semakin celik ilmu kewangan termasuk pelaburan saham dan unit amanah. Namun ilmu untuk melabur bukan semua orang ada kan? Maka di sini, anda diberi pilihan untuk melakukan perlaburan menerusi Private Mandate. Jika anda masih tidak tahu bagaimana Private Mandate boleh membantu anda dalam pelaburan, teruskan membaca artikel ini.
Pelaburan menerusi Private Mandate
Sebelum mengetahui lebih lanjut bagaimanakah anda boleh membuat perlaburan menerusi Private Mandate, mari kita selidiki peranan Private mandate dalam perlaburan wang anda.
Apakah Private Mandate?
“Private Mandate Account” atau “Private Manage Account” (PMA) adalah mandat
persendirian yang direka dan disesuaikan dengan keperluan pelabur.
Setiap portfolio ini diletakkan di dalam akaun pengurus khusus yang dibuka di bawah
nama pelabur. Ia sejenis pelaburan di pasaran saham dan unit amanah serta diuruskan
oleh pengurus dana berlesen (licensed fund manager).
Pelabur tidak perlu pening di kaunter mana mahu melabur kerana semuanya akan
diuruskan oleh pengurus dana sama ada membabitkan apa yang diistilahkan sebagai
“cut loss”, “rebalancing”, “switching” dan sebagainya.
Analogi mudah ialah apabila anda ingin ke kedai jahit menempah baju raya; anda akan
nyatakan kepada si tukang jahit bahawa “saya mahu fesyen yang ada ropol di kain dan
lace di tangan”.
Maksudnya, kita sendiri menyatakan hasrat kita kepada tukang jahit bagaimana baju
yang kita inginkan.
Samalah dengan Private Mandate, iaitu pelabur akan membuat “Suitability Assesment”
untuk mengetahui sama ada ia kategori pelaburan berisiko tinggi, sederhana atau
rendah.
Dan, dari situ pengurus dana akan memilih kategori dana atau saham yang sesuai
dengan pelabur.
Siapa dapat pasarkan Private Mandate?
Hanya mereka yang mempunyai lesen “Financial Advisor” (FA) dan “Marketing
Representative” (MR) dibenarkan memasarkan “private mandate” di bawah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Cara melabur Menerusi Private Mandate
Ada dua kaedah melabur, iaitu menggunakan Akaun 1 KWSP dan wang tunai. Jika
menerusi KSWP, wujud beberapa platform menyediakan pelaburan seperti Phillip
Capital, ARECA Capital dan iFAST.
Namun, kaedah pelaburan menggunakan wang tunai kini mendapat tempat dan
perhatian di kalangan pelabur seperti PMA DDNK atau lebih dikenali sebagai DDNK
Global Fund yang diuruskan Dato Dr Nazri Khan.
Kita akan bercerita lebih lanjut mengenai pencapaian dan kredibilti Dato Dr Nazri Khan
pada entri lain. Stay tune!