Berkongsi Kepakaran Kewangan
Senarai Bank Tawarkan Automatik Moratorium
Kemudahan Moratorium yang di tawarkan oleh bank-bank di Malaysia ada yang automatik dan ada perlu di mohon dengan mengisi borang yang khusus.
Baca di sini Apa itu Moratorium?
Berikut merupakan senarai bank yang beri moratorium secara automatik kepada pelanggan.
Bermaksud pelanggan tidak perlu isi borang online/reply SMS dan sebagainya.
Bank Negara Malaysia menetapkan garis panduan
Semua individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mikro dan
koperasi dalam pelbagai sektor diberi penangguhan dalam
pembayaran pembiayaan (kecuali kad kredit) yang akan dilaksanakan
secara automatik oleh bank sekiranya pembiayaan memenuhi kriteria
yang berikut:
• Tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020
• Dalam denominasi Ringgit Malaysia.
Pembiayaan yang tiada tunggakan atau tidak tertunggak melebihi 90
hari pada 1 April 2020 akan dilaksanakan secara automatik. Pelanggan
tidak perlu membuat permohonan.
Akaun pembiayaan yang sudah melebihi tunggakan 90 hari adalah
tidak layak diberikan penangguhan. Pelanggan dinasihati supaya
menghubungi Bank untuk mendapatkan bantuan.
Dengan menangguhkan bayaran balik pembiayaan, pelanggan tidak perlu risau tenta rekod CCRIS kerana ianya
tidak terjejas . Tambahan pula Akaun tidak akan diklasifikasikan sebagai penjadualan semula atau penstrukturan semula dalam laporan CCRIS. Rekod adalah kekal seperti sedia ada.
Senarai 9 Bank Automatik Moratorium
1) CIMB
2) BSN
3) OCBC
4) Affin Bank
6) Citibank
7) HSBC
9) UOB
Senarai Bank yang kena isi form untuk moratorium
1) Public Bank
3) Maybank
4) Ambank
Kebanyakan credit institution yang bukan di bawah kawalan Bank Negara kebanyakannya tidak menawarkan moratorium kecuali AEON Credit. Namun, AEON hanya memberi moratorium selama sebulan bermula dari April hingga Mei.
Moratorium ini dianjurkan oleh bank-bank di atas adalah bersempena dengan pelaksanaan Bank Negara Malaysia (“BNM”) langkah-langkah tambahan untuk membantu peminjam-peminjam/pelanggan-pelanggan disebabkan oleh wabak COVID-19 dengan memberi moratorium atau pelepasan automatik dari pembayaran bulanan mereka selama enam (6) bulan untuk pinjaman/pembiayaan.