Susahnya Sakit Bila Tiada Duit

Susahnya Sakit Bila Tiada Duit

Pada waktu kini, kebanyakan hospital kerajaan tidak mampu  menanggung bilangan pesakit yang makin ramai. Namun terdapat sesetengah hospital yang masih menerima  pesakit walaupun wad penuh. Ini disebabkan tanggungjawab sosial mereka. Malang tidak berbau, pernah tak anda bayangkan betapa susahnya sakit bila tiada duit.

Susahnya Sakit Bila Tiada Duit

Berdasarkan kajian bersama Life Insurance Association of Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia, 90%  rakyat Malaysia underinsured yang bermaksud mereka tiada perlindungan nyawa dan penyakit kritikal.

​Kadar inflasi perubatan meningkat sehingga 12.5% pada tahun 2017. Untuk pengetahuan, kadar inflasi normal hanyalah 3.7% pada tahun 2017.

Dengan kadar kos perubatan yang makin meningkat sudah tentu ia memeningkan kepala. Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana kerajaan memberi subsidi ubat dan caj kos perubatan yang paling minima hanya RM1 sahaja. Jika di Amerika Syarikat, tiada hospital kerajaan dan rakyatnya perlu mengambil kad perubatan (medical card).

Waktu menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan menyebabkan pesakit terpaksa meninggalkan hospital dan mencari rawatan alternatif yang lain.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh The Malay Mail, 75% responden menunggu sejam atau lebih di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ramai yang beranggapan premium (bayaran bulanan)  kad perubatan mahal. Namun jika anda pandai mencari tidak perlu untuk membayar yang mahal-mahal.

Antara senarai insurans di Malaysia yang menawarkan Medical Card ( Kad Perubatan) yang dapat menampung kos perubatan yang mahal

Carilah maklumat di internet dan tanya beberapa ejen insurans yang anda tahu. Jika anda tidak tahu pun anda boleh search sahaja di facebook. Pastikan anda membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli medical card.

Aiziera Sukman
Aiziera Sukman
Articles: 13

Leave a Reply